disable right click

Friday 25 December 2015

2015 Osaka-Nagano (Day 3 - Explore Hakuba - Hakuba Goryu Ski Resort)

2015 Osaka-Nagano 

Hakuba, Nagano

Day 3 - Friday, 25-Dec-2015

Tengok dari luar tingkap salji pun tak berapa nak ada sangat walaupun malam tadi turun selebat-lebatnye... nak kata tak ada langsung tu tak jugak, ada cuma sikit-sikit gitu saje. Salji masih lagi turun tapi tak selebat malam tadi. Kebetulan hari ini ialah hari krismas, tp pada aku tak berapa penting pun berbanding suatu hari yang lebih bermakna.  Hari ini juga jatuhnya tarikh hari lahir wife. Aku sempat ucapkan "Happy birthday sayang" pada wife tercinta pada pagi ini. Best sambut hari lahir di tempat sejuk begini... :-)

Pemandangan dari tingkap bilik Ski-kan... diliputi salji pagi ini... :-)

Aku sempat survey beberapa ski resort di Hakuba ni melalui internet untuk dapatkan info terkini keadaan salji di resort sama ada dah dibuka untuk skier. Oh... sebelum itu, untuk pengetahuan juga di Hakuba ini terdapat beberapa ski resort tertentu seperti Hakuba Happo-One (paling terkenal), Hakuba Goryu, Hakuba Iwatake, Hakuba 47, Tsugaike Kogen dan beberapa resort lagi di sekitar Hakuba village. So, skier boleh pilih saje mana-mana ski field yang mereka minat sebab setiap resort menyediakan variety skiing route yang terbaik untuk tahap tertentu bergantung pada skill individu itu sendiri. Untuk aku & wife memandang kami just started last year berjinak-jinak dengan aktiviti skiing ni, kira "novice" levellah atas skit pada beginner :-)

Kenangan tahun 2014 bersama instructors - Happo-One Ski School

Training di Snow Kids Chao & Sakka 3 triple lift (beginner debut)

Agak mengecewakan juga pagi ini bila aku dapat info yang kebanyakkan ski resort di Hakuba ini masih lagi belum dibuka sepenuhnya. Ini kerana jumlah salji yang turun dan kurang tebal di kaki-kaki gunung. Walaubagaimanapun resort dibuka sepenuhnya untuk intermediate & advance level tetapi pada ketinggian 1200m ke atas. Jadi, tak dapatlah aku main ski pagi ni... :-( 


Masa tengah wondering tak tau nak buat apa, tetiba aku diberitahu oleh Takako san yang Happo Bus Terminal ada menyediakan "free-shuttle service" dari main terminal ke Hakuba Goryu & Hakuba 47 resort. Memandangkan tiada apa2 aktiviti yang nak dibuat pada hari pertama ni, kami decide terus untuk pergi ke Hakuba Goryu Ski Resort untuk buat tinjauan keadaan di sana skit. Nasib baik ada shuttle free, kalau tak duk lepak dlm bilik saje lah.

Free shuttle bus dari Happo Bus Terminal

Sampai di Hakuba Goryu iaitu Escal Plaza, nak main ski memang dah tak boleh dah, jadi kami ronda-ronda sajelah di sekitar resort ini. Walaupun tak main ski, kami masih lagi enjoy dengan sighseeing di sini, apa-apa pun surrounding panorama memang terbaik.

Snow maker (artificial snow) untuk tampung kekurangan salji di kawasan slope

Pemandangan sekitar resort

Pekena kopi panas vending machine sejuk-sejuk gini memang syokk!!!

Strawberry + chocolate crepe... sedappp!!!

Hampir 2 jam lebih juga aku & wife lepak-lepak di resort ni memang syok, ronda-ronda ke tempat yang tak pernah sampai lagi. Lebih kurang pukul 2:00PM kami bertolak balik ke Happo Bus Terminal. Ini saje aktiviti yang mampu buat untuk hari ke-2 kami di Hakuba. Masih enjoy dengan sighseeing dan makanan di ski resort ini. Harap sangat-sangat sajli turun dengan lebih lebat lagi malam nanti, so esok hari dah boleh mula main ski... :-)


---> to be continued...Day 4 (Exploring Hakuba 2)

Thursday 24 December 2015

2015 Osaka-Nagano (Day 2 - Osaka - Hakuba, Nagano)

2015 Osaka-Nagano 

Shin-Osaka Station, Shinkansen platform

Day 2 - Thursday, 24-Dec-2015

Pagi hari kedua aku & wife check-out awal dari hotel Sun White lebih kurang pukul 9:30AM sebab kami perlu catch-up train (Shinkansen) di Shin-Osaka station pukul 11:00AM. Dari Tanimachiyonchome station, kami menaiki subway untuk sampai ke Shin-Osaka station. Tak der lah jauh sangat lebih kurang 15 minit sahaja. Perjalanan dengan menaiki train dari Osaka ke Nagano (Hakuba-mura / village) memakan masa lebih 6 jam perjalanan. Tambahan lagi perjalanan ini memerlukan kami transit di beberapa station. Agak leceh juga rasanya kena tukar-tukar train (4 stations) ni tp difikir balik berbaloi jugak sebab network train di Jepun ni amat sistematik. Mudah untuk sesiapa sahaja nak bergerak dari satu tempat ke suatu tempat yang lain.

JR train tickets
- Transits stations -
Shin-Osaka ---> Nagoya ---> Matsumoto ---> Shinano-Omachi ---> Hakuba
 

Shinkansen di Shin-Osaka
Kabin dalam Shinkansen dah macam dlm airplane... :-)

Kami sampai di Hakuba station lebih kurang pukul 4:00PM. Suhu di sini betul2 sejuk tahap mencucuk tubuh, almaklumlah kawasan pergunungan. Tengok bacaan suhu kat dinding JR station tu menunjukkan bacaan 2℃... perghh. Masa di dalam train tadi, ada dipasangkan heater di bawah seat, so aku hanya pakai t-shirt dan jaket diluar, so x der rasalah sejuk sangat. Keluar dari train terus cover pakai selapis sweater lagi. Fuh... baru rasa hangat sedikit.


Dari Hakuba station, kami dijemput oleh suami owner Hakuba Ski-Kan (Maruyama san) dengan van. Aku tengok keadaan di sekeliling agak berbeza sangat berbanding aku sampai di sini tahun lepas. Keadaan di Hakuba village ini masih tak ada salji, tidak seperti keadaan ketika kami datang tahun lepas. Maruyama san memberitahu kami yang salji turun pada tahun ini agak kurang berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.

Salji di pergunungan sahaja, di tanah lapang masih x ada...
Sampai saje di ryoukan (rumah tumpangan), kami disambut oleh owner Takako san dengan wajah ceria & warm wish "Welcome again to Hakuba". Takako san seronok sambut kedatangan kami sebab ini kali ke-2 kami jejak kaki ke sini. Tak sangka juga kami datang lagi tahun ini... :-) 
Hakuba Ski-Kan
 Meet again Takako san (Ryoukan owner)
Pemandangan dari tingkap bilik...
Selepas register untuk check-in di ryokan ini, aku & wife masuk ke bilik tumpangan untuk mandi, solat dan tidur sekejap. Lebih kurang pukul 5:00PM (dah gelap macam pukul 8 malam kalau kat Mesia), aku bangun dan ajak wife untuk cari makan malam di convenience store (Lawson) yang berdekatan dengan ryokan. Masa aku bukak tingkap untuk jenguk keadaan di luar... tetiba... tu dia,... salji turun dengan lebat sekali... :-)

Bermandikan salji malam ni... :-)
Pekena kopi latte panas di Lawson... terbaek!!!
Makan malam yang agak sedap... Tempura Don (Seafood)
Selepas membeli barang-barang makanan di Lawson, aku & wife kembali ke ryokan. Sepanjang perjalanan kami menggigil sejuk. Memang lain macam rasa sejuknya. Tiba saje di depan ryokan, mata aku terpandang thermometer yang tergantung kat pintu masuk... tu dia -5℃ rupanya suhu malam ini, patutler mengeletar semacam jer... huhuhu...


Tu dia... suhu di bawah paras beku -5℃
Video di bawah ni keadaan salji yang turun dengan lebat sekali semasa aku & dalam perjalanan untuk membeli dinner di convenience store Lawson... :-)

Snowfall in Hakuba village



---> to be continued...Day 3 (Exploring Hakuba)

Wednesday 23 December 2015

2015 Osaka-Nagano (Day 1 - Exploring Osaka City)

2015 Osaka-Nagano 

Kembara di bumi matahati terbit... kewpie post :-)

Day 1 - Wednesday, 23-Dec-2015

Sudah lebih 2 tahun aku tak meng"update" blog ni sejak pertengahan tahun 2013 dahulu. Ketika itu aku baru lepas buat procedure buang batu karang pada saluran ureter kiri dan semenjak tu juga aku berhenti (bleh kata pencen...) dari melakukan aktiviti-aktiviti lasak seperti mendaki gunung dan larian, sekadar mampu kayuh basikal saje, itupun setakat 30~40km... mungkin dah rasa diri ni tua dah kot... :-)

Cuma kini tergerak hati kembali untuk sambung menulis... Kali ini aku nak kongsi pengalaman aku dan isteri berkunjung ke negara matahari terbit, Jepun. Sebenarnya tujuan utama aku datang lagi ke Jepun ini untuk bermain ski di Nagano. Kiranya kali ini "repeat" sebab tahun lepas musim sejuk yang sama, aku dan wife dah datang sekali ke sini. Kononnya nak membawa misi hebat yang agak sukar direalisasikan iaitu "Skiing". Memang tak terjangkau di fikiran orang Malaysia yang tinggal di negara beriklim khatulistiwa nak merasa salji, apalagi nak main ski... :-)


     
Trip kali ini kami berlepas dari KLIA2 melalui penerbangan AirAsia X jam 12:25AM. Flight mengambil masa lebih kurang 7 jam untuk sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, Osaka. Perbezaan waktu Jepun dengan Malaysia hanya 1 jam awal sahaja, jadi kami "touch down" di Kansai lebih kurang pukul 8:30AM. Dari Kansai airport, aku & wife bergerak ke bandar Osaka dengan JR train di mana kami akan menginap satu malam di sini sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi utama iaitu Hakuba, Nagano. Melalui booking.com kami dah booked hotel Sun White di Tanimachiyonchome berdekatan dengan Osaka Castle. Kami perlu menukar dari JR train kepada subway train di Tennoji station. Untuk memudahkan perjalanan menggunakan subway, kami terus membeli "One-Day-Pass" yang memberikan kemudahan untuk menaiki subway free access selama satu hati sebab kami bercadang untuk explore Osaka city (Kuromon Ichiba + Shinsaibashi + Dotonbori) pada malam hari nanti. Jadi One-Day-Pass adalah pilihan terbaik sebab harganya betul2 ekonomi, 600 yen sahaja seorang berbanding 800 yen pada hari biasa. Kebetulan 23hb hari cuti umum di Jepun. 


Subway Enjoy-Eco-Card (One-Day-Pass)

Kami tiba di hotel Sun White lebih kurang pukul 11:00AM. Memandangkan masa check-in pukul 2:00PM, bagasi kami tinggalkan dahulu di hotel dan terus menuju ke destinasi pertama iaitu Osaka Castle. Kebetulan lokasi Sun White hotel ini bersebelahan sahaja dengan Osaka Castle, hanya berjalan kaki tak sampai 10 minit. So, masa yang terluang 3 jam untuk check-in ini kami gunakan untuk melawat tempat tu. Suhu di Osaka city ketika ini tak derlah sejuk sangat, lebih kurang 8~10℃ sahaja, kiranya baru peralihan dari musim luruh nak masuk musim sejuk. 


Pemandangan sekeliling taman-taman Osaka Castle amat mengujakan

Pemandangan sekitar Osaka Castle ini memang cantik. Ada orang cakap kalau datang ke sini musim bunga lebih cantik dengan bunga-bunga sakura, tp pada aku pemandangan sekarang ini pun agak mengujakan juga sebab di Malaysia tak ada musim sejuk dengan pokok-pokok yang gugur daunnya. Kiranya best experience jugaklah ni. 

Osaka Castle

Hampir 2 jam lebih kami layan pemandangan di sekitar Osaka Castle ni. Then bergerak kembali ke Sun White hotel untuk check-in dan sampai ke hotel hampir pukul 2:00PM. Lepas check-in hotel, kami amik peluang untuk berehat secukupnya (mandi + solat tidur) & cover skit kepenatan lepas merayau-rayau kat Osaka Castle + flight dari KL-Kansai.

Osaka city subway map

Lebih kurang pukul 5:00 kami bersiap-siap untuk meneroka suasana malam pulak di Osaka city. Memandangkan musim sejuk di Jepun ini, waktu malamnya agak panjang berbanding dengan waktu siang. Waktu Maghrib masuk pukul 4:45PM dan waktu Isyak 6:10PM, syukur kami dapat laksanakan solat jamak-qasar... Alhamdullilah. Destinasi kedua untuk malam ini ialah "wet market" iaitu Kuromon Ichiba di area Nipponbashi. Dari Tanimachiyonchome-station kami bergerak menggunakan subway train ke Nipponbashi-station... perlu tukar beberapa train jugaklah untuk sampai ke sini. Map subway di atas sebagai panduan untuk bergerak ke suatu destinasi.

Kuromon Ichiba (Pasar Basah) di Osaka city

Pasar basah Kuromon Ichiba ini memang terkenal dengan jualan pelbagai barangan basah seperti sayur-sayuran, ikan, daging, buah-buahan dan perkakas dapur yang amat murah dan segar2 belaka. Di sini ada juga kedai-kedai yang menjual ikan dan pelbagai makanan laut yang sudah siap dimasak. Sempat jugalah kami merasa 2-3 jenis makanan yang dijual di kedai dan gerai kiri dan kanan.


Laluan sepanjang pasar, kiri & kanan kedai-kedai

Lauk pauk yang siap dimasak... emmm... fresh! & best!

Juicy fresh Fuji Apple from Nagano :-)

Dari pasar basah Kuromon Ichiba, kami bergerak melalui subway train dari Nipponbashi station ke Shinsaibashi station. Shinsaibashi merupakan destinasi ke-3 kami malam ini di mana ia merupakan destinasi pilihan utama kepada pelancong yang berkunjung ke Osaka untuk membeli belah. Sepanjang laluan berbumbung ini, kiri dan kanan di Shinsaibashi terdapat kedai-kedai, shopping complex dan restoran-restoran menjual aneka barangan dan makanan.

Shinsaibashi street

Hujan pulak malam ni... tp taklah sejuk sangat...

Glico Man yang menjadi mercu tanda Shinsaibashi

Singgah di Starbuck Coffee... :-)

Starbuck Tall glass

Di bahagian selatan Shinsaibashi terdapat satu laluan yang begitu terkenal dengan jualan "street food". Street ini dipanggil Dotonbori yang mana laluan ini tidak berbumbung seperti Shinsaibashi. Terdapat pelbagai makanan yang dijual di gerai-gerai di sepanjang laluan ini seperti Yakitori, Okonomiyaki, Takoyaki dan macam macam lagi. 

Ketam besar di Dotonbori


Takoyaki... yummiey!

Lebih kurang pukul 10 malam kami kembali ke hotel untuk berehat sebelum memulakan perjalanan ke Nagano pada esok hari... :-)

---> to be continued... Trip to Nagano